Friday 30 December 2011

'segmen azam 2012 paling gempak'

Hai assalamualaikum semua.
Entry ini digam pada 21/12/2011
Sempena tahun baru ni yang akan datang nie aku nak anjurkan 
'segmen azam 2012 paling gempak'
selain tu aku jugak akan buat satu bloglist peserta dimana peserta mesti follow antara satu sama lain.
Kira macam sambil menyelam minum air lah kan.
Sambil kongsi-kongsi azam tahun baru, sambil tambah follower.


Meh join ramai-ramai bagi memeriahkan suasana.
  

SYARAT-SYARAT:
  • Follow blog penganjur dulu.
  • Buat entry  'segmen azam 2012 paling gempak'
  • Cerita tentang azam tahun baru korang yang gempak tu. Banyak mana azam pun tak kisah asalkan gempak.
  • Copy banner diatas dan linkkan ke entry ini. http://mieyleo.blogspot.com/2011/12/segmen-azam-2012-paling-gempak.html
  • Nak tag berapa banyak pun takpe, Taknak pun takpe. Tapi kalau dah tag kena pastikan orang yang ditag tahu.
  • Tinggalkan link entry di ruang komen.
  • Satu bloglist akan di keluarkan nanti dan peserta akan dibahagi mengikut kumpulan dan peserta wajib follow setiap ahli kumpulan mereka. Tang ni kena jujur lah.
  • Segmen akan dibatalkan sekiranya penyertaan kurang dari 20 orang.
  • Tarikh tutup:30 Disember 2011.



ADVANTAGE YANG KORANG AKAN DAPAT IALAH:
  • Setiap penyertaan akan dapat sijil penyertaan yang boleh di tempek di blog korang.
  • Dapat tambah follower.
  • 3 azam tergempak akan diberikan sekeping sijil beserta diari tahun 2012.

Wednesday 21 December 2011

Kenapa Ummi Mengandung?

Salam semua.... Mari kita sama2 baca kisah nie...

“Ummi, kenapa Ummi penat?”  tanya Naurah.
“Ummi bawa adik dalam perut,” jawab Ummu Saif.
“Boleh Naurah pegang?” soal Naurah.
“Yop pun nak pegang,” sampuk abangnya Saiful Islam.
“Imad… pegang!” si kecil Imad itu pun menyibuk sama.
Saya hanya tersenyum memerhatikan gelagat mereka. Kasihan melihat isteri saya yang sering keletihan. Terkenang zaman-zaman di perantauan dulu, Ummu Saif pengsan entah berapa kali di hospital semasa mengandungkan anak pertama kami.
Syukur Alhamdulillah, selepas Saiful Islam berusia 7 tahun, Naurah Sabihah masuk 5 tahun dan Imaduddin mencecah 3 tahun, kami dimurahkan rezeki oleh Allah untuk menyambut cahaya mata keempat yang bakal tiba Julai nanti, Insya Allah.
“Kenapa adik diam sahaja?” Saiful Islam bertanya.
“Dia tidur barangkali. Cuba rasa ini. Teka ini apa?” Ummu Saif mengajukan tangan anak-anak kami ke kiri kandungannya.
“Err, tak tahu,” kata Naurah.
“Kepala?” soal Saiful Islam.
“Bukan. Ini tangan adik. Kakinya di bawah sini!” Ummu Saif cuba mengilustrasikan kedudukan adik baru mereka di dalam perut itu.
“Hahaha!” semua orang ketawa. Terbayang-bayangkan si adik yang sedang baring terlentang di dalam perut Ummi mereka yang semakin sarat itu.
HIBA
Ada titik air mata hiba bergenang di mata saya. Berbau sesal.
Jika semasa Ummu Saif mengandungkan anak pertama dahulu, hampir setiap hari saya akan memegang, bergurau senda dan bercakap-cakap dengan anak kami. Namun dek perjalanan masa, kesibukan kerja masing-masing, keramahan itu ada kalanya terhilang dari mainan kami sekeluarga.
Saya merapatkan diri ke sisi isteri.
Anak-anak pun duduk sama di tepi.
“Assalamualaikum!” saya memberi salam.
“Ha, ha! Dia bergerak!” kata Ummu Saif.
Anak-anak kami pun jadi seronok dibuatnya.
“Susah tak bawa adik dalam perut? Cuba tanya Ummi?” saya bertanya kepada anak-anak.
“Ummi, susah tak bawa adik dalam perut?” tanya Saiful Islam kepada Ummi.
“Tentulah susah. Berat tahu! Boleh tambah 20kg!” kata Ummu Saif kepada anak kami.
Tentu sahaja susah. Tidak ada suatu tugas berat yang dipikul oleh seorang manusia seberat proses mengandung dan melahirkan anak. Hilang selera makan, muntah-muntah, demam, urat berpintal-pintal di kaki (varicose vein), tubuh bengkak air (water retention), sakit pinggang dan serba serbi jadi tidak kena.
Itulah realitinya sebuah kehamilan.
“Kenapa Abi tak mengandung? Abi kan kuat?” tanya Saiful Islam.
“Haha, budak ni! Abi mengandung juga, tapi tak ada baby!” saya bergurau.
Anak-anak kebingungan.
Benar sekali…

FIZIKAL, RASIONAL, EMOSIONAL
Jika difikirkan beban mengandung, bukankah lebih wajar Allah Subhanahu wa Ta’aala jadikan para suami yang mengandung. Mereka ada kekuatan fizikal. Mahu mengangkat tong gas di atas bahu kanan dan kiri pun tidak punya masalah. Sepatutnya kekuatan fizikal itu digunakan untuk memikul tugas yang berat ini… hamil dan seterusnya melahirkan anak.
Tetapi saya terkenang kepada kata-kata Imam al-Ghazzali, bahawa “lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi”.
Ya, kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ!
Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.
Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih sayang’.
Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.
Aduhai anak-anak, sesungguhnya engkau tidak lahir ke dunia ini, melainkan engkau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang ‘ibu yang rahim’ di ALAM RAHIM.
TIBA-TIBA
“Abang, rasanya nak bersalin dah ni!” jerit Ummu Saif.
“Apa???” saya panik dan sesak nafas terkejut dengan jeritan itu. Tercungap-cungap tidak cukup nafas.
“Haa!!!”, aduhai…. rupa-rupanya saya bermimpi. Sudah nak masuk anak keempat, masih ada mimpi-mimpi sebegini lagi?
Peluh di dahi saya kesat.
Segera menoleh ke sisi, terlihat isteri yang tidurnya tidak lena melayan resah badan dengan sarat kandungan.
“Tidurlah sayang. Biar abang bancuhkan susu Imad itu,” saya bingkas bangun meraba gelap untuk melayan tangisan Imad yang terkejut oleh kejutan saya tadi.
Semoga Allah limpahkan seluas-luas cinta dan kasih-Nya buat bondaku dan bonda isteriku yang telah mengandung dan membesarkan kami dengan kasih sayang, semoga cinta dan kasih-Nya juga disiramkan ke hati dan jiwa isteriku, yang bermujahadah dalam cinta dan kasih kami, untuk mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak penyejuk mata.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung keletihan demi kekeletihan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)” [Luqman 31: 14]
 

Perhatikan Betul-Betul!!

Hai semua... Hari nie aku tak byk kerja kat opiz so bley la masukkan benda baru.. Tp dah lama simpan cuma x berkesempatan je nak masukkan..










So korang perhatikan btol2 gambar tu yea... Sekian..

Monday 12 December 2011

Himpunan Doa

Assalamualaikum, hari nie aku terjumpa doa-doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Insyaallah kalau kita sentiasa mengingatiNYA pasti kita sentiasa di redhainya..

Thursday 8 December 2011

Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2011


Assalamualaikum semua. 
Ini adalah entry ke-3 untuk hari ini. 
Sekarang  meh kita p serbu blog Cik Ayuinsyirah ni dan join bloglist dia. 
Nak join klik banner kat atas ok.


Segmen | Genk Cari Blogger

Assalamualaikum. 
Hai sekali lagi. Sekarang aku nak join segmen genk cari blogger pulak. 
Hari nie kita join segmen je yer. ;)
Jom kawan-kawan klik kat banner untuk join segmen ni.

segmen up follower dengan sepantas kilat

Assalamualaikum. Hari ni jom kita pakat ramai-ramai masuk segmen nie. Boleh tambah follower.
BELOM COBA, BELOM TAW ! Dah ramai dah masuk. Segment akan di tutup bila dah cukup 300 orang komen kat entry penganjur. Sempat ke tak ek.? ;)Sapa yang tak join lagi jom la join cepat2. Nanti lambat tak dapat. RUGI!!
Sapa berminat cepat klik sini------>http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html