Thursday 26 January 2012

TERKENANG ZAMAN KANAK-KANAK!!

Salam semua... Sapa kata zaman kanak2 best angkat tangan kiri cepat!!! hehehe.. Zaman tu la yang paling tak boleh nak lupa sekali.. Macam2 benda yang penah buat dulu.. hehehe kadang2 bila teringat tersengih ja dibuatnya.. hehehe aku ingat lagi dulu asal bangun pagi jer terus nak terjun sungai tangkap kura-kura.. Klau tak silap aku la dekat 8 ekor kura-kura aku bela, siap buh dalam bakul besar lagi..

Korang pernah buat salah satunya masa kecil:

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali,
menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'v'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia
mati.

Betul tak? Betul tak? Semua benda kat atas tu aku pernah buat... Krang macam mana plak..

BATU JALAN ??

Salam, aku nak tanya korang la pasal cara menyusun batu jalan nie... Rasanya kat tempat kita orang yang susun batu jalan nie buat secara manual kan.. Tapi aku ada la trjumpa gambar cara susun batu jalan guna mesin... Tak pelah, meh aku kongsi dengan semua yea...







Kat atas semua gambar yang aku cakapkan tu.. Dunia makin lama makin canggih kan..

BASIKAL KREATIF

Salam kali nie pasal basikal plak dah... hehehe balas dendam lama tak up dates blog nie... Aku tertarik tengok gambar basikal nie, unik betul...

Klau tak salah info, pembuat basikal nie merupakan seorang Tukang paip berusia 59 tahun dari Poland, yang namanya Slawomir Veremkovich, dia telah memutuskan untuk menukar pekerjaan. Beliau mula mengeluarkan basikal kreatif, yang dia lakukan daripada kayu sepenuhnya. Jadi kat sini ada beberapa gambar, so korang tengok la...





SHARING IS CARING....

Salam semua, lama rasanya dah tak updates blog nie.. tak sempat sgt2.. Kali nie nak share kat cnie tentang satu amalan yang baik dengan kita semua.. Rasanya ia amat berguna untuk kita semua.. Insyaallah kalau kena dengan caranya semuanya akan baik belaka..


" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,  rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
Mari kita cuba, dan selamat beramal
.Allahhuakhbar. ..


Insya Allah
Allahu Akbar !

Wednesday 11 January 2012

SENYUM SOKMO!!

Salam semua, senyumlah, senyumlah ahai cek mek molek.... Selalu kita dengarkan..
Kenapa kita senyum?? Sebab kita gembira, betulkan?? Aku nie suka tersenyum kadang2 tu rasa
macam orang tengok laen macam pown ada.. hehehe besala tu... Aku kalu senyum mata tak nampak...


1. Senyum membuat korang lebih menarik.
Orang yg byk tersenyum memiliki daya tarik.
Orang yg suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang.
Orang yg selalu merungut, cemburut, mengerutkan kening, dan menyeringai
membuat orang-orang disekeliling tidak selesa.
Mengikut kajian orang yg byk tersenyum memiliki byk teman.

2. Senyum mengubah perasaan
Jika korang sedang sedih, cubalah senyum. Tapi mungkin susah sikit kan??
Betul memang susah, tapi dengan senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik.
Menurut pemerhatian, senyuman boleh menguasai tubuh sehingga perasaan berubah..

3. Senyum menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang.
Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia

4. Senyum menghilangkan stres
Stres bisa terlihat di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik muka yang penat, bosan, dan sedih.
Ketika korang stres, ambil waktu untuk tersenyum tak pun korang bayangkan saat2 bahagia....
Senyuman akan kurangkan stres dan membuat fikiran lebih tenang.

5. Senyum meningkatkan imunitas.
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik.
Fungsi imun tubuh bekerja maksimuml saat seseorang terasa tenang.
Menurut kajian, selsema dan batuk boleh hilang dengan senyum.
Jadi lepas nie dah tak payah jumpa doktor la... hehehe

6. Senyum menurunkan tekanan darah
Tidak percaya? Cuba korang rekod tekanan darah masa korang tidak tersenyum dan rekod lagi tekanan darah
bila korang tersenyum. Tekanan darah masa korang tersenyum mesti lebih rendah. Susah2 jumpa ja doktor
kata nak check tekanan darah..

7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin
Senyum ibarat obat alami. Senyum bioleh menghasilkan endorphin,pemati rasa alamiah, dan serotonin.
Ketiganya adalah hormon yg boleh mengendalikan rasa sakit.

8. Senyum membuat awet muda
Senyuman menggerakkan banyak otot . Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift.
Dijamin dengan byk tersenyum korang akan nampak lebih awet muda. Insyaallah....

9. Senyum membuat kelihatan Berjaya
Orang yg tersenyum selalunya lebih percaya diri,terkenal, dan bisa diandalkan.
Senyum masa rapat atau bertemu dengan klien. Pasti orang yang berjumpa dengan korang akan berfikiran positif tentang korang..

10. Senyum membuat orang berpikir positif.
Coba lakukan ini : pikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Penyebabnya, ketika Anda tersenyum
tubuh mengirim isyarat “hidup adalah baik”. Sehingga masa tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah...


Kat sini ada lagu untuk korang semua taw...

Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.

Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.

Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.

Tuesday 10 January 2012

CARA MENGATASI MARAH ATAU PANAS BARAN

Salam semua, ok kali nie kenapa marah jadi tajuk aku kali nie.. Bukan apa
saja aku nak ingatkan diri aku nie yang kadang2 cepat sangat marah, tapi bila masa
baik pulak baik sangat2 plak... hehehe itulah lumrah manusia kan... tak terlepas dari
membuat kesalahan.. Banyak buruknya jika kita marah, silap hari bulan ada yang bergaduh
kalau lagi teruk 2 sampai tahab membunuh terus... Jadi kat sini aku harap diri aku nie dapat
menjadi orang yang lebih sabar dan djauhi dengan perasaan marah.. Amin...


Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang
berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan
perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian,
keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.


Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara
kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk.
Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka
hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan,
dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan
dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah
ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan
daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Harap-harap kita semua dapat menjadi orang yang lebih penyabar...

Monday 9 January 2012

KISAH PENANG BRIDGE!!

Hari nie saja ja aku nak kongsi sikit pasal sebuah jambatan.
Saja nak kongsi sikit sebab tahun baru cina nie aku balik umah kat penang.. hehehe
Jambatan Pulau Pinang  merupakan jambatan yang terpanjang
di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Jambatan mempunyai
panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut.
Jambatan ini menghubungkan George Town, dengan
tanah besar semenanjung di Seberang Perai.


Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985,
hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta.
Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara.
Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia.
Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan
kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.


Friday 6 January 2012

Misi buru gelaran Kelantan vs N9.

-gambar dari google-

Perlawanan sumbangsih bagi merebut piala Sultan Ahmad Shah  di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini menyediakan pulangan terbaik bagi Negeri Sembilan menjulang trofi itu buat kali pertama selepas 2 kali  tewas di final, manakala kelantan yang muncul juara tahun lalu mampukah mempertahankan kejuaraannya.

P/s: Pasukan manakah yang akan meraih kemenagan pada malam ini??

Thursday 5 January 2012

MATEMATIK YANG MENGKAGUMKAN KITA!!

Salam semua, hari nie pasal nombor lagi... Kenapa nombor?? Mungkin sebab dulu tak berapa minat kot.. hehehe... Ia merupakan permainan angka, walaupun nampak susah dan pelik tapi ia
memang benar-benar terjadi!!

Mari kita lihat keajaiban matematik nie...
Jadi kat cnie aku tabik la sapa yg dapat A dalam MATEMATIK!!




1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

9 x 1 = 09 (0 + 9 = 9)
9 x 2 = 18 (1 + 8 = 9)
9 x 3 = 27 (2 + 7 = 9)
9 x 4 = 36 (3 + 6 = 9)
9 x 5 = 45 (4 + 5 = 9)
9 x 6 = 54 (5 + 4 = 9)
9 x 7 = 63 (6 + 3 = 9)
9 x 8 = 72 (7 + 2 = 9)
9 x 9 = 81 ( 8 + 1 = 9)
9 x 10 = 90 (9 + 0 = 9)

Wednesday 4 January 2012

Ajaibnya Matematik Tarikh Lahir Kita

Salam semua.... Pagi nie pasal tarikh lahir kita kalau di +,-,x,/ apa jadi ek kat nombor tarikh lahir kita tu... So pagi nie mai kita semua try apa yg akan jadi k....




TRY korang amek kalkulator trus kira tengok apa yang jadi....
Tanggal lahir korang ,
di x 4
di + 13
di x 25
di - 200
di + bulan lahir korang
di x 2
di - 40
di x 50
di + (2 digit/angka terakhir tahun lahir korang)
di - 10500 = ?????
 

Hasilnya akan buat korang terkejut ....
Betul tak???
Sekian dan selamat mencuba....

Tuesday 3 January 2012

MENJAMAH DURIAN KAT OPIZ!!

Salam semua, lama tak updates, busy gila seblom nie.. Nie pown curi2 jew wat blog.. Kali nie pasal makan durian plak, mcm mana ntah ada brother kat opiz aku leh dpt  sekotak durian pastu apa lagi kasi kenduri durian la...