Tuesday 13 March 2012

INDAHNYA SABAR!!

Astaghfirullahaladzim… Maafkan hamba Ya Allah… Kenapa aku macam nie, mana pergi sabar aku... Pulanglah....


Salam semua... Nie aku baru jew lepas basuh muka bagi sejuk sikit...
Kenapa yea aku cakap sabar nie?? Sebabnya baru jew satu kejadian terjadi tadi kat tempat aku kerja...
Perbualan telefon...

Pelanggan : Assalamualaikum, boleh bercakap dengan En. Fahmi?
Aku : Waalaikummussalam, yea fahmi bercakap...
Pelanggan : Macam mana yea dengan job planner 2, dah ciap ke?
Aku : Minta maaflah yea, belum siap lagi sebab kan hari jumaat lepas baru jew prufkan. Hari nie baru selasa, macam mana nak siap, selalunya kami diberi tempoh 2 minggu selepas tarih akhir final pruf...
Pelanggan : Oh, yeake? Oklah saya faham...

Pas jew perbualan tu tamat, aku pown buat la kerja aku yang lain, pastu tadi tup tup, masa aku nak jumpa klien jew ada kakak tu dok tanya bila planner boleh siap, aku kata la tadi dah ckp kat klien dah dan aku pown dah terangkan... (klien tanya pasal planner lagi).. yang tu jew dia dok kata.. Pastu dia dok kata klien dah bagi lama dah.. Panas jew aku tadi, aku kata la lama apa bendanya baru jumaat lepas bagi final pruf terus nak siap ke? Adoiyaiiii.... Planner tu bukannya satu muka surat jew... FUhhhhhhhh.... last sekali aku printkan jew emel yang bru dapat pruf tu... Menyirap darah aku, tak pernah2 aku macam nie... Haiya... aku pown tak taw macam mana...

Nukilan dari blogger.

Siapa sabar atas bala, sampailah ia terpenuhi
Mestinya bersabar atas kehilangan sesuatu yang hilang
Tidak perlukah engkau bersedih
Jika dunia menawarkan kemerlapannya
Maka sabar terhadapnya alamat kebaikan dan warak
Patahkan nafsu mu selalu
Kan kau dapatkan apa yang kau inginkan

Sabar itu kunci cita-cita
Selalu menolong tiada hentinya
Sabarlah meski panjang beberapa malam
Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan
Barangkali keberhasilan itu tergantung pada kesabaran
Yang tak mungkin itu tidaklah ada

Sabar itu tali iman yang kuat
Benteng perahanan dari tipuan syaitan
Sabar punya akibat terpuji
Akibat tergesa-gesa adalah rugi
Jika kau bertemu saat menyedihkan
Itu biasa tabiat zaman
Kenakan baju kesabaran

Monday 5 March 2012

SEBAB AKU MENCINTAIMU!!

Assalamualaikum... Apa khabar semua... Nie tengah ada free sikit nie... Boleh la wat entry baru nie... Saja jew nak cakap pasal cinta... hehehe... Pada pendapat korang la kan, macam mana nak terangkan bukti cinta? Oklah, cerita kat bawah nie mungkin boleh beri penjelasannya...




Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu
abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang
boleh katakan abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh
buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Begitulah kesudahannya….

Akhir kata, Cintailah dengan seikhlas hati, pasti kita akan dapat kemanisan cinta itu….