Salam semua, ok kali nie kenapa marah jadi tajuk aku kali nie.. Bukan apa
saja aku nak ingatkan diri aku nie yang kadang2 cepat sangat marah, tapi bila masa
baik pulak baik sangat2 plak... hehehe itulah lumrah manusia kan... tak terlepas dari
membuat kesalahan.. Banyak buruknya jika kita marah, silap hari bulan ada yang bergaduh
kalau lagi teruk 2 sampai tahab membunuh terus... Jadi kat sini aku harap diri aku nie dapat
menjadi orang yang lebih sabar dan djauhi dengan perasaan marah.. Amin...
Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang
berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan
perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian,
keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara
kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk.
Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka
hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan,
dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan
dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah
ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan
daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Harap-harap kita semua dapat menjadi orang yang lebih penyabar...
bile marah, saye tidor..(^_^)
ReplyDeleteThanks for your tips. sangat berguna :)
ReplyDeleteTq sbb bg tips ni..aku bler mrah,rse mcm nk lmbung org je
ReplyDeletehahaha:-)
bila saya marah je saya diam..hihi
ReplyDelete