Cinta itu adalah kebaikan, cinta itu adalah kesabaran. Cinta tidak mementingkan diri sendiri dan cinta tidak menyimpan dendam. Cinta tidak hadir untuk kejahatan, tetapi subur bersama kebenaran.
Cinta akan melindungi, cinta sentiasa mempercayai dan akan sentiasa mempertahankan. Cinta tidak pernah menggagalkan. Cinta amat penting untuk kehidupan manusia dan aku berpendapat bahawa tanpa cinta, manusia takkan dapat memenuhi potensi dirinya untuk mencapai kehidupan terbaik. Kadang kala cinta dibuat bahan jenaka, tetapi kadang-kala ia tidak sepatutnya dilayan sebegitu rupa.
Jangan sesekali merasakan bahawa cinta akan sentiasa ada untuk kita kerana kadang kala kita akan kehilangannya hanya kerana kesilapan kecil. Ramai manusia yang gagal mencari cinta setelah mencarinya di merata tempat, tetapi aku percaya yang kita boleh mendapat cinta daripada Tuhan kerana realitinya, Dialah yang ada di sana untukku apabila semua yang lain tiada di sisi aku…”
Cinta pada seseorg itu ibarat nasi goreng mapley..
ReplyDeletekadang2 sedap kadang2 x..
tapi bila CINTA kpda NYA..
teramatlah indah..kerana hnye dia yg bersama kite bila kite sedih dan gembira..
XD..